Hilir dan Hulu Sungai-sungai di Syurga
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Pada
malam perjalananku ke langit, diperlihatkan kepadaku semua syurga. Maka aku
melihat empat macam sungai: Sungai Air, Sungai Susu, Sungai Khamar dan Sungai
Madu. Lalu aku bertanya kepada Jibrail: "Dari mana air ini bersumber dan
ke mana ia mengalir?"
Jibrail menjawab: "Mengalir ke kolam Al-Kautsar, tetapi
aku belum mengetahui dari mana air ini bersumber. Cuba ku tanya dahulu dengan
Tuhanmu."
Kemudian datanglah seorang malaikat dan berkata kepadaku:
"Hai Muhammad, pejamkanlah matamu!" Tiba-tiba aku berada berdekatan
sebuah pohon bersebelahan sebuah Kubah yang terdiri dari Mutiara Putih,
pintunya dari yaqut hijau dan kuncinya dari emas merah. Jika dunia dan seisinya
diletakkan di atas Kubah ini, akan seperti burung yang hinggap di atas gunung
atau seperti telur yang diletak di atas gunung.
Aku melihat sungai-sungai itu megalir dari bawah kubah
tersebut. Ketika aku hendak kembali, berkatalah malaikat tersebut menyuruhku memasukinya.
Aku bertanya: "Bagaimana aku boleh masuk, sedangkan pintunya
terkunci?" Berkatalah malaikat tersebut: "Kuncinya berada di
tanganmu, iaitu lafaz Bismillahirrahmanirrahim"
"Maka aku mengucapkan Bismillahirrahmanirrahim.
Tiba-tiba terbukalah pintu Kubah itu dan masuklah aku ke dalamnya. Maka aku
menyaksikan dari keempat sudutnya mengalirnya keempat-empat sungai itu. Ketika
aku hendak pulang, maka malaikat itu menunjukkan aku tulisan
Bismillahirrahmanirrahim tertulis di atas sudut-sudut Kubah itu. Aku
menyaksikan bahawa Sungai Air bersumber dari Mim lafaz Bismillah, Sungai Susu
bersumber dari Ha lafaz Allah, Sungai Khamar bersumber dari Min lafaz Arrahman
dan Sungai Madu bersumber dari Mim lafaz Arrahim. Maka tahulah aku bahawa
sumber-sumber sungai itu dari lafaz Bismillahirrahmanirrahim"
Kemudian Allah SWT berfirman: "Hai Muhammad!
Barangsiapa dari umatmu yang menyebutku dengan nama-nama ini, akan Ku beri
minum dari sungai-sungai ini".
Wallahu'alam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar